Sunday 31 December 1995

biodata

Junus Sukor anak tahun 40an
Biodatanya ingin juga disebut
Kuala Lumpur daerah dia dilahirkan
Tempatnya bernama Kg Segambut

Pemerintahan waktu zaman British
Belajar di Segambut, Sekolah Melayu
Kemudia di MBS Sentul, Sekolah Inggeris
Sekadar  menuntut dan ingin maju

Setelah mendapat ilmu perguruan asas
Tahun 60an di Maktab Perguruan Bahasa
Menambahnya lagi di Maktab Perguruan Ilmu Khas
Tekun mendidik, berkhidmat sentiasa

BA Bahasa dan Sastera diperoleh dari UNAS
Melanjutkan pelajaran di Ohio, USA
Cuba menambah kelayakan kertas
Mendapatkan ijazah Linguistik, MA

Mengajar subjek yang berbagai jenis
Dilakukan semua di sekolah menengah
Pelajaran dididik Bahasa Melayu dan Inggeris
Sukan diminat, juga Persatuan Palang Merah

Pengalaman pahit-manis banyak dirasa
Waktu mendidik si cacat penglihatan
Kemudian di Universiti Malaya mengajar bahasa
Terdahulu membimbing banyak kemahiran
xxxxx
Karanganku ini kurang sempurna,
Sebagai Kasih sayang nilai peribadi,
Kepada Aini, Ayid, Ayis, Neni & Nana
Dimeteri untuk kenangan abadi
xxxxx

kelas tuisyen

Soal Tutup sejenak hai televisyen Supaya tumpuan tidak terganggu Patutkah anak belajar tuisyen Hingga dijadikan kehendak perlu? Jawab Supaya...