Soal
Cium dulu sebelum dirasa
Jangan cuma letak di bibir
Maklum anakku belum bersedia,
Peperiksaan utama semakin hampir
Jawab
Belajar umpama bernafas udara
Setiap ketika menjadi amalan
Melancar akhir bukanlah cara
Bersiap sedia hadapi peperiksaan
“Nature’s Law : No breaks without aches; no gain without pain; no skill without drill.”
Dengan bermulanya seseorang anak itu belajar di sekolah, maka sepatutnya bermulalah juga dia menyediakan diri untuk menjawab pada bila-bila masa disoal guru. Ini adalah permulaan ujian walaupun semudah sesuatu soalan itu. Jadi, untuk tidak tergesa-gesa belajar, dan kemudia tertekan apabila menghadapi ujian atau peperiksaan yang lebih “mencabar:, seseorang anak itu haruslah bersedia awal-awal lagi. Serentakkanlah permulaan dengan persediaan.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa untuk duduk studi menghadapi peperiksaan, cara dan waktu belajar berbeza-beza antara seseorang dengan yang lain-ada yang bersiap-sedia pada awal tahun persekolahan dan ada pula yang lebih suka kepada “studi di saat-sat akhir” menjelang tarikh peperiksaan.” Jika diberi pilihanm mungkin lebih ramai kanak-kanak yang gemar belajar dari awal hingga akhir, perlahan-lahan, beransur-ansur dan berkemajuan.
Tekankan betapa pentingnya perkara ini kepada kanak-kanak bahawa, “Musuh utama dalam peperiksaan ialah waktu dan soalan. Tentanglah musuh-musuh itu dengan bersenjatakan persediaan yang rapi dan kukul!”
No comments:
Post a Comment