Thursday 27 February 1997

waktu guru sedang mengajar

Soal

Langkah pendek kalu berjalan
Di situ baru tertendang pagar
Apakah yang baik anakku lakukan,
Waktu guru sendang mengajar?

Jawab

Jika baru tertendang pagar,
Hati-hati terlanggar batu,
Bila guru sedang mengajar,
Perhati dan dengar satu-persatu


"If a child annoys you, quiet him by brushing his hair.  If this doesn't work, use the other side of the brush on the other end of the child"

Seolah-olah tiada waktu lain bagi murid-murid menjalankan kegiatan seperti bergurau, berbising, cuit-mencuit, berbisik-bisik dan kuap-menguap, waktu seorang guru sedang mengajar dan menunjuk cara di dalam selama di bawah satu jam!  Seolah-olah mereka tidak mahu bersabar, tabah hati dan berkorban dalam jangka waktu sesingkat itu!  Ini memalukan!

Inilah masalah yang dihadapi hampir setiap orang guru waktu menjalankan tugas hariannya.  Murid-murid haruslah memandang serius "penyakit" kalian ini.  Lakukan seperti berikut :
  1. Duduk diam-diam; dengar apa yang guru terangkan dan tunjuk-ajar.  Diam 100%
  2. Pada ketika tertentu, ikut-sebut dalam hati apa yang guru itu sebut/baca
  3. Ikut satu-persatu dengan menggunakan sepenuhnya mata dan telinga setiap penerangan guru.
  4. Angkat tangan serta-merta apabila kurang atau tidak faham sesuatu aspek dalam pengajaran guru itu.
  5. Salinlah apabila guru menyuruh kalian berbuat demikian.  Usah mendahului suruhan guru.

No comments:

Post a Comment

kelas tuisyen

Soal Tutup sejenak hai televisyen Supaya tumpuan tidak terganggu Patutkah anak belajar tuisyen Hingga dijadikan kehendak perlu? Jawab Supaya...