Thursday, 15 June 2006

lemah dalam matematik

Soal

Satu setengah jam berdetik,

Tidak bersabar mahu bertanya,

Anakku lemah dalam Matematik,

Hendak diajar tak tahu caranya

 

Jawab

Jam di dinding berdetik seras,

Terdengar kita hingga ke sini,

Amatlah pending didik yang asas

Agar ia mudah dikuasai


“A journey of a thousand miles begins with one step - Chinese Proverb.”


Seperti juga bagi pelajaran Bahasa Inggeris, adalah diharapkan supaya seseorang anak itu mampu menguasai perkara-perkara asas tengan kira-mengira, tukar-menukar unit, faham-memahami rajah, carta dan tanda-tanda operasi dalam Matematik.


Beransur-ansurlah, iaitu secara progresif untuk mengenal, memaham dan mengingat item-item dan konsep mudah seperti nombor, unit sukatan dan rumus yang senang dahulu.  Prosesnya:  kenal - tahu - faham - ingat - amalkan - kuasai.


Seringkali didapati kanak-kanak Tahun 6 yang masih tidak mampu menukarkan 18 hari kepada minggu,  7,200 cm kepada meter!


Yang penting juga ialah guru atau ibu bapa haruslah menerangkan konsep-konsep tertentu dalam Matematik sambil membuat dan menunjukkan perbandingan dengan benda atau perkara biasa dalam kehidupan sehari-hari, yakni membuat asosiasi idea.


Thursday, 26 May 2005

anak lemah dalam pelajaran

Soal

Anak belajar terlalu lemah,
Hingga tak pandai menulis nama,
Buapak mengajar bertalu sudah,
Tunjukkan kami jalan bagaimana?

Jawab

Lemah hingga begitu rupa?
Bubapa jangan berasa kecewa.
Adalah ini satu gejala,
Berupa kenyataan terpaksa diterima

“Tell yourself as Everett did:  I am only one.  I can’t do everything, but that won’t stop me from doing the little thing I can do”.


Terima hakikat bahawa setiap individu berbeza di antara satu sama lain dalam berbagai aspek.  Tidak terkecuali bagi seseorang anak sekolah.  Terdapat ramai murid yang tidak mampu langsung mengikut pelajaran yang paling mudah, jauh sekali menerima dan menguasai isi atau ilmunya.  Yang susah, jangan disebut!

Ibu papa tidal seharusnya berasa malu, marah, panik dan kecewa.  Jika anda mempunyai anak seperti ini dia masih mempunyai harapan mempelajari dan mendapatkan sesuatu. Jika dia tidak boleh menulis namanya sendiri, bukan di sekolah biasa tempatnya.  Keluarkan sahaja dia dari sekolah kerana ada tempat untuknya mempelajari perkara-perkara asas seperti huruf dan nombor.  Waktu ini dan di sini “mendung akan beransur cerah.”

Biasanya anak seperti ini, sebagai contoh, berusia 14 tahun tetapi ditakdirkan berkemampuan belajar dalam Darjah/Tahun 2.  
Jangan menyeksa batin anak, selain menambah penderitaan mental ibu bapa sendiri.  Jangan biarkan masa berlalu sahaja.

Friday, 1 April 2005

gagal dalam peperiksaan

Soal

Saya hendak melengkapkan bekal,
Cukupkah dibungkus sepotong ikan?
Andainya anak peperiksaan gagal,
Siapakah harus kita salahkan?

Jawab

Hanya ikan lengkapan bekal,
Diserta dengan ketupat dan roti
Sekiranya dia peperiksaan gagal,
Ibu bapa, guru, anak terlibat pasti

"A man can fail many times, but he isn't a failure until he begins to blame somebody else - John Burroughs Quotes"

Dalam persoalan mengenai kegagalan anak dalam ujian atau peperiksaan, ketiga-tiga pihak guru, ibu bapa dan murid, masing-masing mempunyai kelemahan.  Kelemahan-kelemahan itu saling berkaitan kerana ketiga-tiganya juga bertanggungjawab terhadap kegagalan tersebut.

Perhatikan beberapa kemungkinan, seperti;
  1. Guru tidak mengajar dengan betul - ibu bapa mengambil berat - anak berusaha belajar ( - + + )
  2. Guru tidak bersungguh-sungguh - ibu bapa sambil lewa - anak rajin belajar ( - - + )
  3. Guru mengajar tidak serius - ibu bapa tidak memberdulikan pelajaran anak - anak tidak mahu belajar. ( - - - )
  4. Guru mengajar cemerlang - ibu bapa membiarkan anak - anak belajar belajar bersungguh-sungguh ( + - + )
  5. Guru mengajar sepenuh hati - ibu bapa serius mendidik anak -  anak tidak minat belajar ( + + - )
Tetapi, cuba fikirkan pula sekiranya didapati simbol seperti ini ( +++ ), itu semuanya positif.

Wednesday, 3 March 2004

prestasi pelajaran

Soal

Tuanku, pengajar bijak bistari,
Berikan saya satu jawapan
Annakku belajar setiap hari,
Sedangkan prestasinya tidak memuaskan.

Jawab

Anakmu punya ibu dan bapa,
Selalukah berada dalam kesibukan?
Kalau begitu keadaan rupa
Sedarkah yang dia sudah ketinggalan?

"Stumbling is not falling - Malcolm X Quotes"

Ibu bapa haruslah memastikan supaya anak-anak tidak ketinggalan disebabkan mereka telah terbiar, atau sengaja dibiarkan.  Maksudnya :  mengikut darjah atau tahun, seseorang anak itu sepatutnya mampu mengikuti pelajarannya, memahami segala yang disampaikan guru, dapat membuat/menjawab latihan-latihan yang diberi dan luslus dengan cemerlang semua ujian dan peperiksaan.  Ini positif; jika negatif, bermaknya seseorang anak itu sudah ketinggalan kerana telah terbiar.  Inilah yang menyedihkan kita.  Kes seperti ini banyak berlaku sekarang.

Semakin seseorang itu "naik darjah/tingkatan" maka segala-galanya akan bertambah banyak, susah dan rumit.  Banyaknya masalah dan kesusahan dirasai oleh pihak yang terbiar dan ketinggalan.  Bagaimana pula pihak yang membiar, mengabai dan meninggalkan? Kemudian seseorang anak itu akan berasa bosan apabila menghadapi pelajaran.  

Selamatkanlah anak anda sebelum terlambat!  Bertindaklah sekarang ini juga!

Sunday, 29 June 2003

sifir

Soal

Berapakah cangkir pasti diisi,
Patut ditambah dengan sukatan,
Apakah sifir yang mesti dikuasai,
Mengikut darjah dan tingkatan?

Jawab

Jika bersedia untuk peperiksaan,
Hafal enam belas bagi UPSR,
Manakala hingga tiga puluh jadikan hafalan,
Dibekal khas menghadapi PMR

"Constant practice often excels even talent."

Katalah apa sahaja mengenai penghafalan sifir darab di kalangan murid-murid.  Pandangan positif dan negatif daripada orang ramai sememangnya sudah banyak, dan telah dijangka kewujudannya.  Ini adalah satu gejala sihat dalam pendidikan, khususnya bagi mata pelajaran Matematik.

Ingin disarankan  di sini tentang penguasaan sifir darab seseorang murid, iaitu Darjah 6 -ialah sehingga 16;  Manakala Tingkatan 3 ialah sifir 30.  (Mulakan dengan 2, 3, 4, 5, ... dan seterusnya..)

Sedarilah mengenai faedah yang boleh didapati jika seseorang itu pandai menguasi sifir:
  1. Ini ialah satu daripada asas 'kekuatan' Matematik
  2. Proses penghafalannya amat berguna untuk latihan memperkukuh ingatan.
  3. Mempercepat dan mempercekap seseorang mendapat jawapan, khususnya apabila menjawab soalan mengenai pecahan
  4. Satu cara lama/tradisional dalam kira-mengira yang masih belum dipertikai keunggulannya.
Latih diri supaya apabila seseorang itu "membaca" suatu sifi darab, seseorang itu haruslah juga nampak nombor-nombor dalam sifir itu, iaitu visualisasikan apa yang disebut/baca.

Saturday, 1 June 2002

tulisan

Soal

Kelapa bakar dijadikan penganan,
Ini suatu makanan itik,
Mengapa bercakar kupunya tulisan,
Begini tentu kelihatan tak cantik?

Jawab

Kalau kumbang makanan itik,
Jangan dialas dulang kaca,
Usah kau bimbang ia tak cantik,
Asalkan jelas dan senang dibaca

"Those who write clearly have readers;  those who write obscurely have commentators."

Seseorang itu harus mampu menulis dengan terang dan jelas supaya apa yang ditulisnya dia sendiri, dan juga orang lain dapat membacanya.  Walaupun tulisan tangan yang cantik itu dikehendaki tetapi ia tidak diperlukan; namun yang jelas dan cantik, jika mungkin, semangnya baik.  Ini tidak kira sama ada dalam bentu Rumi atau Jawi.

Perhatikan gabungan baik di antara tulisan dengan perkara-perkara tertentu di bawah ini:
  1. Jelas dan disiapkan dalam waktu ang singkat.
  2. Jelas dan pengejaan kata-katanya sempurna.
  3. Jelas dan dapat disiapkan dalam waktu yang sederhana panjangnya.
  4. Cantik, bersih dan jelas serta pengejaan dan "pemecahan" kata-katanya sempurna dan disiapkan dalam waktu paling singkat.

Saturday, 19 May 2001

mata pelajaran

Soal

Ke utara sana juah perjalanan,
Di sana-sini nampak tebing,
Antara berpuluh mata pelajaran,
Yang mana satu paling penting?

Jawab

Jika ada ikan dan kepiting,
Keduanya terus dikerat-kerat,
Tiada mata pelajaran yang paling penting,
Semuanya harus diambil berat.

"No student knows his subject:  the most he knows is where and how to find out the things he does not know."

Bukan bermakna jika sesuatu mata pelajaran itu tidak diwajibkan dalam peperiksaan maka ia tidak, atau kurang penting.  Jikalau tidak penting masakan disebut dan diajar di sekolah.  Pendek kata, semua mata pelajaran adalah penting.

Tentukan supaya seseorang anak itu memberi tumpuan yang sama berat terhadap setiap mata pelajaran di sekolahnya.  Setiap mata pelajaran memberi faedah kepada setiap murid walaupun mungkin terdapat sedikit kelemahan tertentu.  Buktikan penumpuan yang sama berat dengan mendapatkan Gred A dalam semua mata pelajaran dalam ujian dan peperiksaan.

Setiap mata pelajaran mempunyai : tajuk, perancangan, kaedah dan pendekatan penyampaiannya, matlamat, penilaian, perkembangan dan masa depannya.  Seperti juga aspek-aspek lain dalam pelajaran dan pendidikan, ibu bapa haruslah sentiasa berperanan sebagai penggalak atau perangsang kepada anak-anak supaya mereka dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

kelas tuisyen

Soal Tutup sejenak hai televisyen Supaya tumpuan tidak terganggu Patutkah anak belajar tuisyen Hingga dijadikan kehendak perlu? Jawab Supaya...