Soal
Kalau hendak terhibur lara,
Kunjungi restoran saudara Idris
Tunjukkan bubapak satu cara
Menguasai pelajaran Bahasa Inggeris
Jawab
Tiba di restoran saudara Idris
Dari hulu segera bergegas
Jika kelemahan berbahasa Inggeris
Kuasai dulu perkara di atas
“If you wish to reach the highest, begin at the lowest - Publilius Syrus Quote.”
Hayatilah kenyataan bahawa melakukan sesuatu itu haruslah dimulakan daripada yang paling bawah atau asas. Begitu jugalah keadaannya apabila seseorang hendak mempelajari, dan seterusnya menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris. Oleh kerana mempelajari sesuatu bahasa itu memerlukan masa yang agak panjang, maka kesabaran dan ketabahan seseorang pelajar sangat-sangat dikehendaki, lebih-lebih lagi yang baru mempelajarinya.
Kuasai dahulu, misalnya: “subject - verb agreement” dalam bahasa ini; kemudian pula, Tensesnya: Present, Past, Future… Jika seseorang murid tidak sanggup memahami atau memaksa/berusaha dirinya untuk memahami perkara-perkara asas ini, maka mustahillah dia akan mampu menguasai Bahasa Ingerris;
Mahu Kemahiran - Latihan.
Hendak KUASAI - Asasi
Ingin Mahir - Fikir
MALAS..? - Jangan ke kelas !
No comments:
Post a Comment