Wednesday, 25 March 1998

waktu sesuai belajar

Soal

Kami sentiasa dalam keraguan,
Tentang waktu sesuai mentelaah
Demi bersedia menghadapi ujian,
Petang, subuh tengah malam kah?

Jawab

Bagi persediaan menghadapi ujian,
Belumlah pernah ditentukan masa,
Selagi ini kehendak persendirian,
Pilihlah waktumu paling selesa.

"Discover as soon as possible the time of day you work best.  Some work best mornings, some afternoons, some evenings."

Tidak kira sama ada waktu studi atau mentelaah untuk persediaan peperiksaan, atau belajar sehari-hari, ini tidak boleh ditentukan secara luaran, iaitu orang lain tidak boleh menetapkannya.  Jika ditanya, seseorang itu hanya boleh memberikan pandangan mengenainya.

Apa yang menjadi perkara pokok ialah, sama ada waktu yang dipilih seseorang pelajar itu sesuai, tenang dan tenteram, selesa dan diketahui sebagai pelajaran "boleh masuk ke kepala" dalam jangka waktu yang tidak terlalu panjang dan begitulah di sebaliknya.

Keperibadian sifat bagi memilih waktu belajar adalah hak persendirian.  Namun demikian, seseorang itu bebas mencubanya;  subuh, petang, awal malam, jauh malam dan sebagainya.  Jangan cuba mencari kesesuaian waktu ini sekali sahaja.  Lakukan prinsip "cuba-salah".  Tetapi janganlah sesorang pelajar itu tidak langsung membuat pilihan waktu belajar untuknya.  Ini tidak dapat diterima!

No comments:

Post a Comment

kelas tuisyen

Soal Tutup sejenak hai televisyen Supaya tumpuan tidak terganggu Patutkah anak belajar tuisyen Hingga dijadikan kehendak perlu? Jawab Supaya...