Wednesday 25 March 1998

waktu sesuai belajar

Soal

Kami sentiasa dalam keraguan,
Tentang waktu sesuai mentelaah
Demi bersedia menghadapi ujian,
Petang, subuh tengah malam kah?

Jawab

Bagi persediaan menghadapi ujian,
Belumlah pernah ditentukan masa,
Selagi ini kehendak persendirian,
Pilihlah waktumu paling selesa.

Sunday 15 March 1998

menggalakkan menyoal

Soal

Di sana ayam, di situ kuda,
Bergerak sukar untuk dikawal,
Bagaimana hendak pertajam minda,
Untuk anak di peringkat awal?

Jawab

Mengawal ayam perlukan makanan,
Supaya haiwan lari tidak,
Mempertajamkan minda dengan latihan,
Kemuka soalan mesti digalak.

"No one stops growing until he stops asking questions, either of others or of himself."

Seseorang yang bertanya mengenai sesuatu adalah seseorang yang ingin tahu, masih belum faham, menambah pengetahuan, ingin menguji btul/benarsalahnya sesuatu maklumat atau jawapan.  Bertanya bukan bermakna bodoh, tetapi seseorang masih belum memahami sesuatu.

Justeru itu, dalam aspek menyampai dan menerima maklumat, soalan dan jawapan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari.  Soalan yang dikemukakan seseorang mungkin dapat memberi faedah kepada orang lain dalam sesebuah kumpulan yang sama.

Latihan seseorang anak supaya menyoal, dari yang paling mudah, yang memerlukan jawapan Ya/Tidak, kepada (lama-kelamaan) yang memberi jawapan yang lebih susah dan agak panjang lebar.  Galakkan supaya anak itu mengemukakan soalan-soalan yang bersifat "bijaksana" (intelligent questions).  Adalah baik jika soalan yang dimulakan dengan; 
  • Apa?
  • Siapa?
  • Di mana?
  • Mengapa?
  • Bagaimana?
  • atau Bila?  
dikuasai sebaik-baiknya.  Menyoal akan menghapuskan rasa malu seseorang.

kelas tuisyen

Soal Tutup sejenak hai televisyen Supaya tumpuan tidak terganggu Patutkah anak belajar tuisyen Hingga dijadikan kehendak perlu? Jawab Supaya...