Sunday 29 June 2003

sifir

Soal

Berapakah cangkir pasti diisi,
Patut ditambah dengan sukatan,
Apakah sifir yang mesti dikuasai,
Mengikut darjah dan tingkatan?

Jawab

Jika bersedia untuk peperiksaan,
Hafal enam belas bagi UPSR,
Manakala hingga tiga puluh jadikan hafalan,
Dibekal khas menghadapi PMR

"Constant practice often excels even talent."

Katalah apa sahaja mengenai penghafalan sifir darab di kalangan murid-murid.  Pandangan positif dan negatif daripada orang ramai sememangnya sudah banyak, dan telah dijangka kewujudannya.  Ini adalah satu gejala sihat dalam pendidikan, khususnya bagi mata pelajaran Matematik.

Ingin disarankan  di sini tentang penguasaan sifir darab seseorang murid, iaitu Darjah 6 -ialah sehingga 16;  Manakala Tingkatan 3 ialah sifir 30.  (Mulakan dengan 2, 3, 4, 5, ... dan seterusnya..)

Sedarilah mengenai faedah yang boleh didapati jika seseorang itu pandai menguasi sifir:
  1. Ini ialah satu daripada asas 'kekuatan' Matematik
  2. Proses penghafalannya amat berguna untuk latihan memperkukuh ingatan.
  3. Mempercepat dan mempercekap seseorang mendapat jawapan, khususnya apabila menjawab soalan mengenai pecahan
  4. Satu cara lama/tradisional dalam kira-mengira yang masih belum dipertikai keunggulannya.
Latih diri supaya apabila seseorang itu "membaca" suatu sifi darab, seseorang itu haruslah juga nampak nombor-nombor dalam sifir itu, iaitu visualisasikan apa yang disebut/baca.

kelas tuisyen

Soal Tutup sejenak hai televisyen Supaya tumpuan tidak terganggu Patutkah anak belajar tuisyen Hingga dijadikan kehendak perlu? Jawab Supaya...