Sunday 30 April 2000

pendidikan seimbang

Soal

Tahukah tuan cara memancing
Untuk mendapat ikan banyak?
Apakah gerangan perkara penting,
Tunjuk padaku mendidik Anak?

Jawab

Besar nian si pisang kelat,
Buahnya masak boleh ditebang,
Belajar, makan, main dan rehat,
Punya si anak haruslah seimbang.

"Education is, not a preparation for life, education is life itself."

Ungkapan "anak masih di bangku sekolah" adalah bersinonim dengan "belajar, bermain, makan dan rehat".  Usah dinafikan bahawa ini adalah kehidupan seimbang bagi seseorang, khususnya anak sekolah.  Padi hakikatnya, tidak ada di antara perkara-perkara itu yang dianggap sebagai terpenting, tetapi semuanya sama-sama diperlukan.

Zaman kian berubah, seseorang anak akan menjadi dewasa, orang dewasa akan sima dari muka bumi, namun belajar, bermain, makan dan berehat akan terus berlaku dan dilakukan manusia.

Pendidikan yang sebenarnya ialah kehidupan.  Justeru itu, selain empat perkara tersebut, terdapat "bunga-bunga" dan variasi-variasi yang dapat dihubungkan dengan setiap perkara itu.  Fikirkan kesesuaian ruang, waktu dan keadaan bagi melakukan keempat-empat perkara itu.

Pengurusan dan pengendalian belajar, bermain dan berehat haruslah dilakukan oleh ibut= bapa dan anak-anak itu sendiri.

kelas tuisyen

Soal Tutup sejenak hai televisyen Supaya tumpuan tidak terganggu Patutkah anak belajar tuisyen Hingga dijadikan kehendak perlu? Jawab Supaya...